Blog Pembelajaran NPDL: Kebudayaan Kebangsaan Sebagai Alat Perpaduan
Artikel Mengenai Kebudayaan Kebangsaan
Sebagai Alat Perpaduan
Karya Jason Yap Jia Yung
Malaysia terdiri daripada tiga kaum utama
iaitu Melayu, Cina dan India. Namun demikian, negara Malaysia tetap dalam
keadaan harmoni walaupun ketiga-tiga kaum tersebut mempunyai kebudayaan
sendiri. Oleh itu, perpaduan merupakan kunci kejayaan untuk memajukan negara
Malaysia dengan kerjasama setiap kaum. Abdul Rahman, Hussein Ahmad, Sufean
Hussin, Simin,G. dan Mohammed Sani (2014) pernah mengatakan bahawa perpaduan negara adalah satu faktor keprihatinan utama
bagi masyarakat yang terdiri daripada berbilang kaum dan pelbagai budaya
seperti Malaysia. Jelaslah bahawa, nilai perpaduan perlulah diamalkan oleh
seluruh masyarakat Malaysia untuk memastikan negara dalam keadaan aman dan
damai.

1.0 Bahasa Melayu
Secara umumnya, Bahasa Melayu
merupakan bahasa kebangsaan kepada negara Malaysia. Hal ini dikatakan demikian
kerana Bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar kepada seluruh lapisan masyarakat
Malaysia. Masyarakat Malaysia telah menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar antara satu sama lain. Sebagai contoh, setiap kaum tak kira kaum
Melayu, kaum Cina dan kaum India tetap membelajari Bahasa Melayu sebagai bahasa
komunikasi dalam pergaulan seharian. Dengan ini, bahasa Melayu dapat mengelakkan
perselisihan faham antara satu sama lain kerana bahasa Melayu difahami oleh
seluruh masyarakat.
2.0 Rukun Negara
Rukun Negara juga merupakan salah
satu alat untuk mengeratkan hubungan antara etnik dalam kalangan masyarakat
Malaysia. Rukun Negara muncul kerana peristiwa 13 Mei 1969 telah menceraikan
perpaduan antara kaum. Oleh sebab hal yang demikian, masyarakat Malaysia
terutama pelajar sentiasa melafazkan Rukun Negara pada waktu perhimpunan dan
juga pada hari istimewa seperti Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia. Dengan ini,
masyarakat Malaysia dapat menghayati Rukun Negara supaya keadaan kesejahteraan
negara terjamin. Menurut berita harian (7 Januari 2019), perpaduan adalah hadiah yang tidak ternilai, perlu dipelihara
serta dihargai semua rakyat Malaysia.
3.0 Muzik Tradisional
Selain itu, muzik Malaysia juga
merupakan salah satu kebudayaan untuk megeratkan perpaduan antara masyarakat.
Muzik Malaysia sebagai gendang, seruling, dan gong merupakan muzik tradisional
yang banyak dipengaruhi oleh budaya Islam, Cina, India dan Indonesia. Menurut
buku Drama dokumentasi (2010), salah satu tokoh muzik yang tidak boleh
diabaikan iaitu Sudirman Haji Arshad @ Sudirman merupakan seseorang yang
menggunakan kemahiran muziknya untuk menyatupadukan seluruh rakyat Malaysia.
Beliau telah mengadakan satu konsert percuma di Kuala Lumpur. Konsert tersebut
telah menghadiri lebih kurang 100,000 orang penonton yang terdiri daripada
berbilang kaum. Lagu-lagu Sudirman yang terkenal iaitu lagu “Tanggal 31” dan
“Balik Kampung” merupakan lagu yang mengeratkan hubungan antara etnik di
Malaysia. Walaupun lagu “Balik Kampung” merupakan lagu yang sentiasa meletak
pada musim Hari Raya Aidilfitri, namun lirik lagu tersebut tidak berkenaan
dengan Hari Raya Aidilfitri dan budaya Melayu. Bukan itu sahaja, lagu patriotik
seperti “Aku Anak Malaysia”, “Ali, Akau dan Muthu” dan sebagainya boleh
mengeratkan hubungan setiap lapisan masyarakat kerana lirik dalam lagu tersebut
amat berkenaan dengan isu perpaduan. Namun demikian, muzik merupakan satu
alternatif untuk mengekalkan perpaduan dalam kalangan masyarakat Malaysia.
4.0 Masakan
Seterusnya, pemakanan juga merupakan
salah satu kebudayaan kebangsaan yang mengeratkan perpaduan antara masyarakat
Malaysia. Masakan Malaysia telah menonjolkan solekan pelbagai etnik penduduk.
Sebagai contoh, kari merupakan hidangan kebangsaan di negara Malaysia. Hal ini
demikian kerana masakan kari akan wujud bila-bila masa terutamaya hari
perayaan. Selain itu, masakan “Laksa” di Sarawak merupakan masakan masyarakat
Melayu di Sarawak. Pada zaman sekarang, Laksa merupakan hidangan kebangsaan negeri
Sarawak kerana setiap kaum di Sarawak telah belajar masakan Laksa. Bagi
masyarakat India, masakan Roti Canai merupakan masakan tradisional bagi
masyarakat India. Namun, masakan Roti Canai merupakan masakan makanan setiap kaum
dalam kalangan masyarakat Malaysia. Dengan ini, jelaslah bahawa masakan
merupakan kebudayaan kebangsaan yang turut diamalkan oleh seluruh masyarakat
Malaysia.
5.0 Cuti umum dan Perayaan Sepanjang Tahun

Seterusnya, rakyat Malaysia
bersama-sama menikmati pelbagai cuti umum dan perayaan sepanjang tahun. Cuti
umum seperti Hari Merdeka, iaitu 31 Ogos dan Hari Malaysia, 16 September
merupakan cuti yang bersama-sama disambut oleh seluruh rakyat Malaysia. Selain
itu, Hari perayaan juga merupakan cuti umum. Sebagai contoh, Hari Raya
Aidilfitri merupakan cuti sambutan bagi orang Melayu di Malaysia. Bagi kaum
Cina dan India pula, walaupun Hari Raya Aidilfitri bukan hari perayaan bagi
kedua-dua kaum tersebut, tetapi kedua-dua kaum tersebut tetap meraihkan
sambutan Hari Raya Aidilfitri dengan pergi ke Rumah Terbuka Melayu. Menurut daripada Utusan Malaysia (2015,
5 Mei), Datuk Seri Musa Aman menyatakan bahawa program kebudayaan seperti Pesta
Kaamatan itu juga memberi peluang anggota masyarakat mengenali, memahami dan
menghargai adat serta budaya suku kaum masing-masing. Dengan ini,
masyarakat Malaysia akan bersama-sama meraihkan hari perayaan dan juga hari
istimewa bersama-sama dan sifat ini menonjolkan keharmonian dalam negara
Malaysia.
6.0 Cara Menyatupadukan Rakyat Malaysia
Oleh itu, masyarakat Malaysia terutamanya generasi muda perlulah memberi penekanan tentang kepentingan pendidikan dalam perpaduan masyarakat. Nelson Mandela pernah berkata bahawa pendidikan merupakan senjata paling ampuh yang biasa kita gunakan untuk mengubah dunia. Oleh itu, pandangan kerajaan lebih terarah kepada usaha mengukuhkan pendidikan negara demi membentuk perpaduan kaum (Mior Khairul Azrin, 2011). Sebagai contoh, masyarakat Malaysia perlu aktif dalam sebarang aktiviti yang dianjurakan oleh kerajaan. Hal ini dikatakan demikian kerana aktiviti ataupun dikenali sebagai kempen merupakan informasi yang penting dan berguna dalam kehidupan seharian. Sebagai konklusinya, pendidikan merupakan satu cara untuk menjamin kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia.
Selain itu, masyarakat perlu menghayati dan mengambil ikhtibar daripada sejarah negara. Hal ini dikatakan demikian kerana banyak peristiwa telah berlaku dalam sejarah tanah air kita yang boleh menjadikan sebagai satu pengajaran supaya kita dapat mengelakkan diri daripada sejarah hitam tersebut. Sebagai contoh, peristiwa 13 Mei 1969 merupakan satu detik hitam yang meraouhkan semangat perpaduan dalam masyarakat pelbagai kaum. Ahli falsafah George Santayana (1942) pernah mengatakan orang yang melupai sejarah akan melakukan kesilapan yang sama. Dengan ini, generasi muda perlulah peka terhadap isu-isu dan sejarah yang berlaku di negara Malaysia. Oleh itu, masyarakat Malaysia akan mempelajari, memahami, menghayati dan mengambil ikhtibar untuk menjadikan seseorang yang bertanggunajawab, rasional, dan berheemah tinggi dalam negara Malaysia.
Sebagai kesimpulannya, terdapat banyak cara untuk menyatupadukan masyarakat Malaysia. Walaupun masyarakat Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum, namun kita sebagai masyarakat Malaysia turut perlulah berdiri sama tinggi, berduduk sama rendah antara setiap kaum. Insya-Allah. Malaysia akan mencapai wawasan 2020 dan juga Transformasi Negara 2050 pada masa yang akan datang jika masyarakat Malaysia berpegang tangan untuk mempertahankan negara kita.
Rujukan
Abdul Rahman, Hussein Ahmad, Sufean
Hussin, Simin, G., Mohammed Sani (2014). Analisis Strategik: Dasar Pendidikan.
Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Benedict, G. 2010. Sudirman
Arshad. Drama Dokumentari. Kuala Lumpur: AETN All Asia Networks.
Mior Khairul Azrin. (2011). Sistem
Pendidikan di Malaysia: Dasar, Cabaran dan Pelaksanaan ke Arah Perpaduan
Nasional. Sosiohumanika, 4(1), 33-47.
Musa Aman,
Datuk. (2015, 5 Mei). Kebudayaan Mantapkan Perpaduan. Utusan Malaysia. Kuala
Lumpur: Utusan Melayu (Malaysia) Berhad.
Tan Sri Lee
Lam Tyre, (2019, 7 Januari). Rukun Negara Bukan Sekadar Dihafal. Berita Harian.
New Straits Times Press (M) Bhd. A part of Media Prima Group.


Comments
Post a Comment